Tidak semua layak dapat bantuan kerajaan Selangor..."Manifesto Bukan Satu Perjanjian" Apa Lagi Gunakan Kuasa Di Tangan Anda


SHAH ALAM: Tidak semua ibu tunggal dan suri rumah yang tidak berkemampuan di Selangor akan diberikan bantuan oleh kerajaan negeri, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Beliau berkata golongan tersebut telah mendapat perhatian dan bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi mereka yang beragama Islam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bagi mereka yang bukan beragama Islam."Nanti kita tengok datanya (ibu tunggal dan suri rumah), sebab kita ada pengkalan data mereka yang tidak berkemampuan. Saya rasa kalau orang Islam, nama mereka sudah ada dalam senarai penerima zakat."Mereka yang bukan Islam pula namanya ada dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," kata Khalid selepas mempengerusikan mesyuarat exco di bangunan SUK hari ini.
Bagaimanapun, Khalid berkata kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana pihak untuk membuat tuntutan, tetapi ia tidak semestinya ditunaikan kerajaan negeri.

"Kita tidak halang rakyat membuat tuntutan. Semua rakyat berhak membuat tuntutan. Untuk menggunakan duit rakyat bagi memenuhi tuntutan-tuntutan oleh mana-mana pihak, ada kriteria-kriteria tertentu.

"Sumbangan kebajikan oleh negeri berdasarkan asas keutamaan keperluan rakyat. Kalau seseorang itu pendapatan keluarganya RM1500 ke bawah, dia diutamakan berbanding dengan mereka yang dapat pendapatan keluarga RM5000 dan ke atas, ada bezanya," kata Khalid.

Pagi tadi, sekumpulan warga emas, ibu tunggal dan suri rumah berhimpun di Seksyen 7, Shah Alam, bagi membantah kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor yang didakwa gagal memenuhi janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) yang lalu.Mereka menuntut agar kerajaan negeri pimpinan Khalid itu menunaikan segala janji yang dibuat meliputi pemberian elaun kepada suri rumah, ibu tunggal dan warga emas.

Bagaimanapun reaksi spontan Khalid baru-baru ini mengejutkan rakyat Selangor, apabila beliu berkata manifesto bukanlah janji dan tidak perlu ditunaikan sepenuhnya.

Rentetan itu, kerajaan Selangor dihujani pelbagai saman daripada rakyat negeri itu, termasuklah dari 2,020 ibu tunggal bernilai RM10.9 juta, 1001 orang warga emas yang dijanjikan polisi insurans Takaful bernilai RM2,500, golongan suri rumah dan ibu bapa kepada pelajar tadika, yang turut dijanjikan elaun RM50 sebulan.

Kerajaan negeri juga berdepan dengan saman dari peneroka di Kuala Selangor kerana membatalkan janji tanah yang ditawarkan kepada mereka menerusi pentadbiran sebelum ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana