Tingkatkan keselamatan perairan negara - Tun M


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat menggesa pasukan keselamatan supaya meningkatkan kawalan serta rondaan di kawasan sempadan dan perairan negara bagi mengelakkan ia dicerobohi pihak luar.

Beliau berkata, ia penting bagi mengelakkan pencerobohan oleh kumpulan bersenjata seperti yang berlaku di Lahad Datu, Sabah daripada berulang.

"Nampak begitu mudah sekali, satu pasukan tak canggih dapat masuk dalam negara kita. Ini bermakna kita harus tingkatkan kawalan kita supaya tiada orang boleh ceroboh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Tradisi dan Kesinambungan: Tenunan dan Tekstil Berhias Semenanjung Tanah Melayu di Muzium Kesenian Islam Malaysia, di sini hari ini.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, pembangkang sudah pasti akan mengggunakan isu berkenaan sebagai modal politik mereka untuk mendapatkan sokongan rakyat."Pembangkang akan guna segalanya kerana pada mereka tak ada apa yang tak boleh dijadikan isu politik," kata bekas perdana menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana