'Tok guru ekonomi' pakatan pembangkang dipersoalkan...Anwar Ptuihhhh


Mana tok guru ekonomi dia belajar... itu soalan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed membidas manifesto yang dibentangkan pakatan pembangkang di Shah Alam baru-baru ini.

Beliau mempersoalkan bagaimana pakatan pembangkang hendak memastikan rakyat akan berpendapatan sehingga RM4,000 sebulan apabila pekerjaan melibatkan buruh asing ini diganti dengan pekerja tempatan?

Dalam manisfestonya pembangkang berjanji akan mewujudkan satu juta peluang pekerjaan dengan menghantar pulang buruh asing dan mengantikannya dengan pekerja tempatan.Sedangkan dalam masa yang sama mereka juga berjanji hendak menaikkan pendapatan pekerja tempatan sehingga RM4000 sebulan.
"Mana tok guru ekonomi dia belajar pun tak tahu..." katanya dalam sidang media di bangunan UMNO Selangor Shah Alam tadi.Contoh lain kata Mohd Zin adalah, janji untuk melaksanakan pendidikan percuma sudah pernah dibangkitkan sebelum ini.

"BN sebelum ini pernah mendesak agar perlaksanaan ini ditunaikan terlebih dahulu di Institut Pengajian Tinggi negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan."Di Selangor contohnya, masalah IPT negeri seperti UNISEL dan KUIS masih belum diselesaikan. Malahan, Laporan Audit Negara 2011 turut mengkritik tatacara pengurusan UNISEL yang dilihat tidak profesional dan membawa kerugian."Bagaimanakah Pakatan akan melaksanakan janji tersebut sedangkan di Selangor sendiri perkara ini tidak dilaksanakan?"Beliau turut membangkitkan soal janji pembangkang dalam manifesto mereka akan memelihara 141,000 hentar tanah Orang Asli.
"Untuk makluman, segala perkara yang melibatkan hal ehwal tanah adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri.
"Di Selangor sendiri, perkara melibatkan tanah Orang Asli tidak diberikan perhatian apabila baru-baru ini satu laporan polis dibuat di IPK Shah Alam berkenaan 17,900 ekar tanah Orang Asli di Kuala Langat yang dipindah milik kepada pihak lain."Bagaimana pihak Pakatan ingin menjamin hak Orang Asli jika semasa mereka berkuasa pun mereka tidak melaksanakannya?"Katanya, satu lagi janji dalam Manifesto Pakatan ialah kononnya mereka ingin menghapuskan monopoli dengan mewujudkan Suruhanjaya Anti-Monopoli."Saya fikir, tindakan ini sepatutnya dilaksanakan di Selangor terlebih dahulu apabila industri perlombongan pasir yang berharga berbillion ringgit hanya dimonopoli oleh sebuah syarikat sahaja iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd."Bukankah sepatutnya tender pengorekan pasir ini perlu diberikan secara terbuka agar hasil yang diperolehi lebih telus dan mampu menjana ekonomi?"soal beliau.Beliau membuat kesimpulan bahawa manifesto akan memakan diri mereka sendiri.Manifesto tersebut katanya cerita lapuk yang diuar-uarkan dalam sesi ceramah mereka."Mereka mungkin lupa bahawa, berbanding tahun 2008, kali ini mereka memerintah di empat buah negeri...Saya melihat janji-janji populis lain yang di taburkan hanyalah sekadar memancing undi.

"Lebih malang lagi, Menteri Besar Selangor sendiri sebelum ini mengakui bahawa Manifesto bukanlah Janji, maka ianya tidak perlu ditepati."Sebagai kerajaan yang memerintah Selangor, Pakatan, kata Mohd Zin sepatutnya berasa amat malu dengan diri sendiri apabila melancarkan manifesto di Shah Alam Isnin lalu.
"Janji-janji Pakatan di Selangor masih tidak dilaksanakan dan mereka masih tergamak untuk berjanji lagi,"katanya.Pembangkang melancarkan manifesto mereka di SACC Shah Alam Isnin lalu yang bertemakan "Pakatan harapan rakyat" yang menawarkan janji-janji baru pembangkang kepada rakyat Malaysia jika menang PRU13 nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana