Veteran ATM kesal kenyataan bekas jeneral...Kemaruk Mahu Berkuasa


TELOK KEMANG 2 Mac - Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyuarakan kekesalan terhadap beberapa bekas teman seperjuangan mereka yang kini secara lantang menyokong pembangkang sambil mengkritik kerajaan secara terbuka.

Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Rahman Abdul Hamid berkata, selaku bekas tentera yang satu ketika dahulu pernah memegang jawatan kanan dalam ATM sewajarnya mereka berpegang teguh kepada etika profesional.

Abdul Rahman turut menjelaskan, biarpun negara mengamalkan demokrasi namun perbuatan empat bekas jeneral itu sekali gus menjejaskan pandangan masyarakat terhadap imej dan kredibiliti ATM.

''Kita melihat tindakan mereka tidak wajar dan bertentangan dengan etika serta 'Ikrar Satria' warga tentera yang sepatutnya terus menjadi pegangan mereka. Saya yakin dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan membuktikan mereka diperalatkan untuk tujuan politik pihak tertentu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana