Video Anwar ditonton 131,782 kali

KUALA LUMPUR 7 Mac - Video nyanyian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut Sabah bakal hilang ditonton sebanyak 131,782 kali di laman sosial YouTube.

Video yang dimuatkan semalam itu memaparkan Anwar menyanyikan lagu Tanya Sama Pokok yang diubah suai liriknya di tiga lokasi berbeza sehingga menimbulkan pelbagai persoalan banyak pihak.

"Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang," dendang Anwar dalam ceramahnya pada 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.

Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diceroboh kumpulan pengganas Sulu.

Pada 14 Februari lalu juga, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.

Reuters melaporkan, kumpulan 150 pengganas diketuai Azzumudie Kiram itu mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Februari lalu bagi membincangkan isu tuntutan tanah selepas jemputan tersebut dibuat.

Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana