Video seks: Setelah Rafizi kantoi...PKR cuba lontar 'bom asap'


Melihat perkembangan terbaru ini ,PKR nampaknya jadi makin gabra dengan isu dakwaan video seks 'depan belakang' yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Selepas Pengarah Strategi Rafizi Ramli bikin rosak program kerana  ' tak ada telor' nak jawab soalan mudah  : kenapa saman Papagomo tapi tidak saman Datuk T?...kini muncul pula Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution untuk menjadi dewa penyelamat bosnya.Taktik ini ini kita boleh panggil lontar 'bom asap' yakni untuk mengaburi mata orang pada isu sebenar.

Saifuddin bukan budak baru dalam politik.Siapa tahu mungkin dia juga terdesak setelah melihat Rafizi kantoi habis.Bayangkan hujan tidak...guruh tidak...tiba-tiba Saifuddin beritahu satu sidang akhbar di ibupejabat PKR Selasa konon beberapa hari lalu pihaknya telah dipertontonkan video palsu seks dipercayai diaturkan oleh pihak tertentu yang mendakwa diri mereka ejen UMNO dan Barisan Nasional.Dakwanya video tersebut memaparkan watak yang menyerupai Anwar manakala gambar statik pula seakan-akan anaknya, Nurul Izzah."Video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks.
"UMNO hari ini cuba menakut-nakutkan orang Melayu dan menggunakan pemblog untuk mereka dan menyebarkan video palsu yang kononnya memaparkan salah laku seks pemimpin PKR," kata.Untuk bagi sedap cerita ,Saifuddin kata dia jangka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim antara sasaran selepas ini."Mereka kata video seks Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembikinan," ujarnya.Kata Saifuddin imej video yang dirakamkan dalam video dan gambar itu tidak jelas dan agak kabur.Siapa saja yang ada akal tahu sangat ia tidak lebih dari taktik tabur sebanyak mungkin dakwaan pasal video seks melibatkan ramai lagi pemimpin parti itu untuk alihkan perhatian pada dakwaan utama yakni Anwar.Ia sekaligus untuk mewujukan gambaran seolah-olah kilang fitnah UMNO sedang berkerja siang malam untuk cemarkan semua pembesar PKR dengan dakwaan video seks.Rasanya Saifuddin patutnya carilah modal lain yang lebih ada kelas sikit.

Taktik itu lebih kurang sama standard dengan usaha Rafizi yang kini nak tunjuk taring selongkar latar belakang Papagomo.Sekalipun dunia terbalik ,apa saja kata Saifuddin maupun Rafizi  ia tidak mungkin dapat 'cuci mangkuk' isu dakwaan utama mengenai video seks yang dikaitkan dengan Anwar.Ini lebih terpancar bila Rafizi tidak dapat jawab soalan mudah : kenapa saman Papagomo tapi tidak saman Datuk T.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana