Video....DAP ANTI ISLAM Saksikan Lah




Luahkan ada pengirim yang menghantar untuk tatapan Umum.....melayu sedar apa sebenarnya perjuangan DAP, cintai Malaysia, sayangi lah bumi dan tanah melayu ini, jangan sesekali ingin cuba experiment kerajaan DAP kerna kelak akan menyesal tak sudah. Secara peribadi saya adalah anak melayu Singapura, namun saya menetap di Malaysia kerana seluruh ahli keluarga saya adalah ANAK JATI orang MALAYSIA, hanya saya seorang terlepas dilahirkan di Singapura. Isteri dan anak anak saya adalah wargenegara Malaysia, Kenapa saya masuk campur hal ehwal politik malaysia sedangkan saya orang Singapura? Jawapan saya senang, Masa depan anak anak dan cucu saya, saya tak mahu mereka merasai bagaimana rasanya hidup seperti saya sebagai wargenegara Singapura, Saya bersyukur kehadrat Illahi kerana dijodohkan dengan seorang wanita (Isteri) Malaysia, walaupun ini adalah perkahwinan saya yang kedua setelah gagal dalam perkahwinan pertama bersama perempuan Sigapura,

Banyak fakta yang harus kita ambil tahu baik dan buruk tentang polisi di Singapura, Saya tak nak rungkai banyak disini, apa yang paling mustahak jangan sampai Majlis Ugama Islam dikuasai oleh bangsa cina, Contoh yang amat mudah, Majlis Ugama Islam di Singapura, apakah peranan mereka sebenar? Bagi saya peranan mereka lebih sebagai nama sahaja, namun segala peraturan harus dipertimbang oleh kerajaan sendiri, seperti kita tahu majoriti pemimpin mereka adalah berbangsa Cina, kalau ada bangsa melayu itu ada lah sebagai boneka.

Saya harap, dan dengan rendah diri memohon maaf seandainya pendapat saya seolah olah mencampuri politik di Malaysia ini, seperti apa yang saya katakan tadi, ini adalah demi masa depan anak anak saya yang berwarganegara Malaysia. Sekian terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana