Wacana Sinar Selasa ini kupas isu 'Artis Masuk Politik'


SHAH ALAM - Artis juga berpolitik!

Adakah kerana kesedaran atau dipergunakan untuk memancing undi?

Bagi mengupas isu yang 'panas' ini, khususna menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dinantikan semua, Sinar Harian mengetengahkan ahli panel ternama kalangan artis dan tokoh industri filem menerusi Wacana Siri ke-18 bertajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi.

Ahli panel terdiri daripada Bob Lokman dan Hairie Othman yang masing-masing merupakan ahli Pas, Presiden Seniman, Zed Zaidi dan Presiden Pengeluar Filem Malaysia, Datuk Paduka Shuhaimi Baba.

Wacana kali ini, yang berlangsung pada Selasa ini, dikendalikan oleh Dekan Fakulti Teater dan Animasi UiTM, Prof Madya A Razak Mohaideen.

Seperti lazimnya, wacana akan berlangsung di auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

Ia akan berlangsung dari jam 2.30 hingga 4.45 petang.

Program ini anjuran bersama Sinar Harian Online dan mobTVmy.

Orang ramai yang berminat untuk sama-sama menyertai majlis ilmu ini boleh menghubungi Laila menerusi talian 019-3310211, Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066) untuk keterangan lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana