WIKI oh WIKI, leaking juga akhirnya…!DALANG TELAH TERDEDAH, RAKYAT PERLU AMBIL TINDAKAN TERHADAP PENGKHIANAT


DALANG TELAH TERDEDAH, RAKYAT PERLU AMBIL TINDAKAN TERHADAP PENGKHIANAT DALANG ADALAH PENGKHIANAT NEGARA,MENGKHIANATI SELURUH RAKYAT MALAYSIA…!!!

Ayahanda Tun Dr Mahathir dah bersuara,“Henti Bayar Kerana Langgar Syarat…!“

Nasib kaulah SULU…!!!
Mengadulah pada si DALANG, dia banyak DUIT, takpun dia banyak mendapat SUMBER KEWANGAN dari Barat,
USD2 Juta bagi hari tu mana cukup, kan..?

KUALA LUMPUR 12 Mac - Bayaran penyerahan wilayah tahunan sebanyak RM5,300 kepada individu yang mendakwa sebagai keturunan Kesultanan Sulu perlu dihentikan kerana mereka telah melanggar syarat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berkata, pembayaran tersebut diberikan sebagai memegang perjanjian yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak.

"Syaratnya ialah tidak kacau kita, tetapi sekarang mereka kacau. Mereka bertindak ganas, tak cukup bunuh orang, dia cincang dan pecahkan kepala. Apa jenis manusia ini yang kata Islam.

"Sekarang kita bayar harga lama dan tak boleh minta harga baru, lagipun bukan dia yang memajukan Sabah," katanya

Menurut Dr. Mahathir, sebelum ini, kerajaan telah pun menerima orang Sulu yang tinggal di Sabah.

"Sebenarnya ada wakil rakyat juga terdiri daripada orang Sulu termasuk sekarang ini Yang di-Pertua Sabah, jadi secara tidak langsung orang Sulu sudah menguasai Sabah," ujarnya.

Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim meminta Peguam Negara mengkaji secepat mungkin berhubung bayaran penyerahan wilayah tahunan sebanyak RM5,300 kepada pihak yang mendakwa Sultan Sulu.

Beliau berkata, ini bagi membolehkan kerajaan melihat semula dari sudut undang-undang sama ada perlu untuk segera menamatkan bayaran tersebut.

Dari sudut sejarah Sultan Sulu telah lama tamat kedaulatannya iaitu sejak 1878.

"Kerajaan harus melihat semula dari sudut undang-undang antarabangsa, undang-undang kontrak dan undang-undang konvensional sama ada perlu kita segera tamatkan bayaran kepada pihak yang kononnya Sultan Sulu itu.

"Dari sudut pengkajian, pada 1903, kuasa Sultan Sulu telah diambil North Borneo Company. Maka, jelaslah berakhir kedaulatan mereka dan kini ada sembilan cabang keluarga diraja Sulu yang kita tidak tahu siapa sebenarnya menjadi ketua dan sultannya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana