Zambry tak gentar Anwar tanding di Perak...Terbaik


SHAH ALAM: Umno Perak tidak gentar untuk bersemuka dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melahirkan hasratnya pagi tadi mahu bertanding di kerusi parlimen negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Zambry berkata beliau sebaliknya mengalu-alukan Anwar yang juga Ketua Umum PKR bertanding di mana-mana kerusi di Perak memandangkan ianya adalah amalan demokrasi.“Kenapa saya nak gentar...patutnya kena tanya dia (gentar)," katanya dalam satu kenyataan media.Zambry yang juga ADUN Pangkor dalam pada itu menyifatkan Anwar merupakan seorang pemimpin pembangkang yang semakin terdesak sehingga terpaksa bertanding di negeri lain selepas difahamkan penduduk di Permatang Pauh semakin menolak pemimpin yang dipalitkan dengan pelbagai skandal itu.

"Saya langsung tidak hairan jika Anwar benar-benar memilih Perak untuk bertanding kerana itulah sikap sebenar kalangan pemimpin pembangkang yang amat dikenali dengan pemimpin ‘touch n go’," katanya.
 Malah Zambry meminta rakyat perlu mencari jawapan mengapa Anwar memilih bertanding di kawasan lain berbanding mempertahankan kerusi Permatang Pauh.“Cuba tanya dia (Anwar) apa yang dah dibuat untuk rakyat di kawasan itu,” katanya.

Anwar dalam sidang medianya pagi tadi di Kuala Lumpur melahirkan hasrat berkemungkinan akan bertanding di Perak atau Selangor namun masih belum mempunyai keputusan rasmi.Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah menimbang permintaan banyak pihak yang mahukan beliau untuk turun menawan kerusi Barisan Nasional (BN).Namun katanya, peratusan untuk bertanding di Perak adalah lebih besar berbanding di Selangor.

"Saya belum buat keputusan muktamad kerana ada cadangan untuk saya turun ke Perak dan Selangor. Saya berkemungkinan akan bertanding di Perak dan Selangor atas permintaan ramai tetapi saya akan turun ke Perak," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana