Zulkifli Nordin mohon maaf pada Tun Dr. Mahathir...Inilah Yang Dituntut Agama Islam...Alhamdulilah...


PASIR MAS 9 Mac - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin hari ini membuat kejutan di depan kira-kira 15,000 rakyat di Sekolah Kebangsaan Panglima Raja di sini apabila membuat permohonan maaf kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.Permohonan maaf itu turut disaksikan isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali.

Zulkifli, yang sempat berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu, turut memandang Dr. Mahathir ketika memohon maaf kerana menurutnya, beliau pernah mencaci pemimpin negara tersebut ketika bersama pembangkang sebelum ini."Saya akui kesilapan saya, dan mahu memohon maaf kepada ayahanda Tun (Dr Mahathir) atas tindakan saya dahulu yang pernah memaki hamun Tun," katanya.Dr. Mahathir kemudian dilihat tersenyum dan mengangguk ketika Zulkifli berkata demikian."Dahulu saya tidak nampak kebijaksanaan Tun. Saya bersama-sama (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) maki Tun. Saya mengkritik langkah Tun memecat Anwar, walaupun saya tahu itu adalah jasa terbesar Tun kepada negara (memecat Anwar)," katanya.

Beliau kemudian meminta rakyat menolak pembangkang yang diketuai Anwar kerana kerosakan yang lebih besar terhadap negara akan berlaku jika mereka dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-13.Zulkifli berkata, apa yang dikhuatiri sinar Islam di negara ini akan terus pudar jika pembangkang dipilih menerajui negara, dan ketika itu, tiada apa lagi yang boleh dilakukan.Naib Presiden Perkasa itu turut meminta rakyat berhati-hati dengan taktik pembangkang, terutama Anwar, pada pilihan raya umum ini yang akan melakukan pelbagai perkara tidak dijangka demi untuk berkuasa.

Comments

anak said…
Jam2 terakhir bergelar Ahli Parlimen... Puak terdesak dari katak2 buat muka kesian agar tercalun sebagai calun BN. Kalau tak terpilih sbg calun PRU13 pun harap ditimbang jadi senator pun jadi. Puak yang sanggup lacurkan diri demi sevival politik.
Unknown said…
anda tu kot yang katak ??? berani ker anwar minta maaf pada rakyat ???

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana